Header Ads

test

Olimpik: Pele tunggu lampu hijau penaja



BRASILIA: Pele dijemput untuk menyalakan obor temasya Olimpik Rio 2016 pada majlis perasmian pembukaan yang akan berlangsung, awal pagi Sabtu ini. Bagaimanapun, legenda bola sepak Brazil itu perlu mendapat 'lampu hijau' daripada penajanya terlebih dulu bagi mengetuai upacara di Stadium Maracana. "Saya mempunyai kontrak saya perlu patuhi," kata Pele kepada Globo TV sambil menambah dia perlu berunding dengan sebuah syarikat Amerika Syarikat yang memegang hak untuk jenama dimilikinya sama ada boleh memenuhi jemputan daripada jawatankuasa penganjur Olimpik itu. "Sebagai rakyat Brazil, saya memang mahu melakukannya," kata Pele yang membantu negaranya memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan upacara pembukaan berlangsung di stadium yang menyaksikan dia menjaringkan gol ke-1,000 pada 1969. Pele memaklumkan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dan Presiden Jawatankuasa Olimpik Brazil, Carlos Arthur Nuzman secara peribadinya memintanya menyalakan obor. Dia dijangka memberikan jawapan berhubung perkara itu, Khamis ini.

Tidak ada komentar