Header Ads

test

Olimpik: Najib harap atlet negara hadiahkan emas pertama



ATLET dan pegawai dari Malaysia menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh bersemangat ketika upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang di perkampungan Sukan Olimpik Rio 2016 hari ini. Malaysia akan mengambil bahagian dalam 11 acara sukan dalam temasya Olimpik bermula Jumaat ini.
- Foto BERNAMA
RIO DE JANEIRO: Datuk Seri Najib Razak berharap pingat emas pertama Malaysia akan dicipta daripada 30 atlet negara yang akan beraksi pada Sukan Olimpik Rio 2016, di sin ibermula Jumaat ini. Perdana Menteri berkata, itulah impian negara selama ini dan beliau melontarkan cabaran kepada atlet supaya membuktikan kepada dunia yang Malaysia mampu berdiri dalam kalangan yang terbaik. Melalui kata pengantar dalam buku panduan rasmi pasukan ke Rio, Najib berkata: "Selaras dengan tema Sukan Olimpik 2016 'Viva Sua Paixao' atau 'Live Your Passion', adalah menjadi harapan saya agar semangat juang yang dikenali dalam kalangan atlet negara akan menghadiahkan pingat emas pertama untuk Malaysia. "Inilah impian kita selama ini sebagai sebuah negara dan anda sebagai individu untuk memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam kejohanan sukan paling berprestij dunia. Anda telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk berlatih, menyiapkan diri untuk saat ini dan semangat untuk menang jelas dilihat oleh semua. "Sebaik anda melangkah ke dalam gelanggang, ingatlah bahawa anda mungkin hanya ahli kontinjen 72 individu (termasuk 32 atlet), tetapi Malaysia adalah sebuah pasukan hampir 30 juta orang. Harapan negara terletak pada bahu anda - buktikan kepada dunia bahawa kita mampu berdiri dengan yang terbaik. Malaysia Boleh!" - BERNAMA


Tidak ada komentar